20090829

perbincangan demi perbincangan

sekarang jaringan wartawan muda masih mencari sinar harapan untuk menjayakan program mereka. dana dan sumbangan masih belum mampu dipastikan jumlah keseluruhannya kerana masih tiada penaja yang dapat memberikan kata putus. semakin dekat dengan tarikh program berbuka puasa, semakin berat terasa di kepala setiap ahli jaringan, mereka harus memikirkan pelbagai perkara supaya program ini bukan sekadar program yang biasa-biasa, sebaliknya biarlah program ini menjadi hamparan atau kayu penghubung kepada kekuatan ukhuwah antara kami. bersama-samalah kita berdoa.