20090825

dana untuk anak-anak yatim

sekarang jaringan wartawan muda sedang bekerja keras untuk mendapatkan dana atau tajaan bagi membiayai program berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim. puas ahli jaringan ini mengeledah setiap ceruk laci, meja solek mahupun almari demi mendapatkan dana yang mencukupi. merata-rata tempat juga mereka mencari, baik di tandas awam, kawasan perumahan, taman tema permainan namun dana masih belum mencukupi. segala yang dilakukan ini bersandarkan kepada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang harus digerakkan bersama-sama. mereka tidak mengharapkan sebarang anugerah, sebaliknya mereka mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam menjayakan program ini.

kepada sesiapa yang berkesudian dan mempunyai rezeki yang lebih, sila-silalah bersama-sama menghulurkan bantuan, baik dalam bentuk kewangan, material mahupun tenaga dalam menjagakan program ini. diharapkan dengan bantuan daripada kalian, tuan/puan/cik/dato'/tan sri/tun dalam menjayakan program ini akan diberkati allah dan dipermudahkan segala urusan.


sekian, terima kasih.

2 comments:

wakkang said...

sama2 lah kita bersabar untuk mendapat approval dari mama...

Unknown said...

sama2 lah kita berdoa moga program ini berjaya..