gerak mudi nakhoda khayalan
.jeritan.bisikan.
20090829
perbincangan demi perbincangan
sekarang jaringan wartawan muda masih mencari sinar harapan untuk menjayakan program mereka. dana dan sumbangan masih belum mampu dipastikan jumlah keseluruhannya kerana masih tiada penaja yang dapat memberikan kata putus. semakin dekat dengan tarikh program berbuka puasa, semakin berat terasa di kepala setiap ahli jaringan, mereka harus memikirkan pelbagai perkara supaya program ini bukan sekadar program yang biasa-biasa, sebaliknya biarlah program ini menjadi hamparan atau kayu penghubung kepada kekuatan ukhuwah antara kami. bersama-samalah kita berdoa.
20090825
dana untuk anak-anak yatim
sekarang jaringan wartawan muda sedang bekerja keras untuk mendapatkan dana atau tajaan bagi membiayai program berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim. puas ahli jaringan ini mengeledah setiap ceruk laci, meja solek mahupun almari demi mendapatkan dana yang mencukupi. merata-rata tempat juga mereka mencari, baik di tandas awam, kawasan perumahan, taman tema permainan namun dana masih belum mencukupi. segala yang dilakukan ini bersandarkan kepada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang harus digerakkan bersama-sama. mereka tidak mengharapkan sebarang anugerah, sebaliknya mereka mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam menjayakan program ini.
kepada sesiapa yang berkesudian dan mempunyai rezeki yang lebih, sila-silalah bersama-sama menghulurkan bantuan, baik dalam bentuk kewangan, material mahupun tenaga dalam menjagakan program ini. diharapkan dengan bantuan daripada kalian, tuan/puan/cik/dato'/tan sri/tun dalam menjayakan program ini akan diberkati allah dan dipermudahkan segala urusan.
sekian, terima kasih.

20090808
Sepatah dua Kata
Jemput duduk rakan-rakan. meramaikan amalan, mencipta penghasilan, membina keyakinan. Sambil-sambil tu, renung-renungkanlah..
Sebilah pisau itu terdiri dari jutaan bucu-bucu yang tajam. Yang berani berada di puncak, melihatkan angkasa seluas kata. Andai suatu hari nanti kemuncak jatidiri dapat dikecapi, kucuplah tanah sujud keatasNya kerana bucu sebuah pisau ibarat setitik ilmu dari seluas lautan.

20090807
"petikan ucapan tuan presiden"
Jaringan Wartawan Muda merupakan jaringan perhubungan mahasiswa Pengajian Media Massa (Kewartawanan) batch 2009/2012.
Melalui jaringan ini, para pelajar dapat dihimpunkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah mereka secara sihat, efisien dan berkesan. Selain itu, melalui jaringan ini, para mahasiswa ini dapat saling bergosip dan melakukan aktiviti keji-mengeji sesama sendiri.
Jaringan Wartawan Muda bukanlah jaringan mahasiswa yang bersifat formal, malahan kebanyakkan mahasiswanya lebih suka melepak di kafe-kafe mewah sambil bergosip mengenai rumah tangga para pensyarah yang bergolak tanpa memikirkan mengenai tugasan-tugasan yang harus disiapkan.
Mahasiswa Jaringan Wartawan Muda bukanlah manusia-manusia intelek yang mengisi kekosongan ruang masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah, sebaliknya mereka lebih suka terpekik-terlolong memeriahkan suasana, beronggeng bersama lelaki-lelaki jelita mahupun melepak di tembok menghisap rokok.
Kebanyakkan mereka juga suka mempromosikan diri mereka sendiri secara berlebih-lebihan kerana kurang diberikan perhatian di rumah mahupun di kuliah.

Subscribe to:
Posts (Atom)